Monday, September 17, 2007
Bayang-Bayang Kekayaan...

Dikala kita semua tertawa ria, pernahkah kita terfikir ada yg berduka?
Dikala kita semua kekenyangan, pernahkah kita terfikir ada yang mati kebuluran?
Adakah kita bersyukur diatas semua pemberianNya?
Adakah kita senantiasa meminta tetapi tidak tahu membalas balik kepadaNya?
Sedarlah wahai manusia, masih banyak manusia di luar sana yg merana akibat dari perbuatan manusia sendiri. Masih banyak yg sanggup berbunuhan demi sesuap makanan..
Dan ingatlah.. Bersyukurlah kita kepada Allah kerana masih mempunyai sepasang kaki utk menyarung sepasang selipar yg berharga RM2.50 daripada mereka yg langsung tidak mempunyai duit utk membeli selipar yg murah walaupun mereka mempunyai kaki..
Wallahualam...
sekian..
--hafiz@Kadak Photography
Subscribe to Posts [Atom]